segalanya disini...

Friday, May 7, 2010

himpunan kata-kata mutiara

  • Ibadah adalah suatu kebahagiaan, kesolehan.Adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa, maka dia adalah hamba yang soleh.
  • Sebaik-baik sahabat adalah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.
  • Wanita yang cantik lagi bertaqwah, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yag soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
  • memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam , bekerja adalah lebih nimkmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta , dan kesihatan lebih baik daripada kekayaaan..
  • bersendirian itu lebih baik daripada bersama dengan kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara adalah ibadah dalam bentuk yang lain.
  • beruzlah adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaula adalah bodoh, menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka adalah tindakan yang tidak bermanfaat.
  • kepedihan dalam mencapai cita-cita adalh nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yang baik adalah wangian yang semerbak.
  • Kematian seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa kemurkaan Allah dan mencelah orang-orang soleh.
  • berbahagialah sekarang juga kerana anda tidak terjamin untuk terus hidup,Anda tidak mempunyai jaminan akan selamat dari perubahan zaman. maka jangnlah jadikan kegelisahan sebagai mata wang anda, serta kebahagiaan sebagai hutang anda.
  • jika seseorang mencelahmu maka pada hakikatnya ia telah mencecah Allah swt. pada saat itu orang tersebut juga menderhakai Allah swt. padahal ia telah menciptakannya dari tiada; tidak bersyukur padahal Allah yang telah menghilangkan lapar dan memberinya makan; juga menentang kekuasaan Nya padahal Ia telah memberinya rasa aman.
  • jangan memikul bola dunia di atas kepalamu.jangan berfikir bahawa ornag akan memerhatikan seluruh urusanmu. ketahuilah, sesungguhnya setiap orang mempunyai urusannya sediri sehingga tidak sempat memerhatikan urusan orang lain.
  • Dunia selalu berputar dan hari terus berganti. keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya. Allah swt. Yang Maha Penyayang juga sentiasa mengawasi hamba-hambanya setipa saat...maka kenapa harus bersedih??

Thursday, May 6, 2010

BinGkiSan buAt ibU....


Untuk : Ibuku Tersayang

Kepada Ibuku yang mengasuhku selama ini, kuucapkan selamat hari ibu. Semoga sihat selalu dan sentiasa diberkati serta dirahmati oleh Allah swt.Aku tidak pernah lupa akan semua kenangan selama ini bersama keluarga. Maafkan aku yang selama ini belum mengucapkan terima kasih, maka bersama surat ini aku mengucapkan terima kasih atas jasamu selama ini. halalkan air susu ibu yg kini mengalir dalam tubuhku.segala kasih sayang yg diberikan tidak mampu aku balas. Mungkin hanya ini yang boleh kuberi sampai saat ini untuk berterima kasih kerana semua jasa orang tuaku tak akan terbalas olehku sampai bila pun. Dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang terima kasih kuucapkan lagimu ibu,, Selamat Hari Ibu.

jasa bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


KiSaH tAmaT FiNaL eXamku....


Alhamdulillah aku dah tamat final exam 4 sem ke5 nie...setelah beberapa hari bertungkus-lumus menelaah notes (betul ke nie?) aku akhirnya berjaya mengharungi detik2 terakhirku di kolej..walaupun x dapat jawab dengan jayanya sangat..hopefully..kuar result nti ok la..padan dengan usaha aku yang tidak seberapa tu..skrng ni aku hanya bertawakal sahaja...insyallah Dia akan tolong...
berakhirnya paperku..maka ini secara automatiknya..cuti pn bermula....yeahh..!!even...cuti just 2 week, aku tetap bersyukur...hehehe...selepas pper aku yag paling last iatu malaysian studies aku mengambil kesempatan untuk beberapa hri ini untuk rest d hostel...tdr puas2..dalam planku..3 days after exam bru aku blik menjenguk rumahku...huhu...nk tgk konsert mini hot fm d padang merdeka..(near my hostel)..nasib bek..
but aku nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih utuk kengkawan aku yg sama2 stay d oztel especially my friend..stephanie, suhaima n diana...yg penuh dengan keceriaan..gelak tawa..lucu..dan perangai yg macam2 smpi aku x kering gusi...evev tym tension final pun masih sempat melepak..zalan2 cuci mata..mengunjungi center point, suria sabah, karamunsing..terutamanya Gaya street...biarlah..even apa yang kita study bertungkus-lumus 2 x masuk sangat..but..kita tetap menjawab soalan 2 dengan sedaya upayanya...selebihnya..kita serahkan pada LECTURER untuk tentukan smua answer2 kita 2 kn...huhu..
sem depan akan mengundang aku dan korang smua dengan penuh senyuman...yg penting...semangat terakhir di kolej..heheheheh....

Wednesday, May 5, 2010

TeRiMa sEaDanYa....





Aku dah biasa sangat dengan ungkapan ini "Terima Seadanya". Ya, kita kena belajar maksud ungkapan tu. Kalau tak salah, ia bermaksud kita kena terima segala kebaikan dan keburukan yang ada pada seseorang itu tak kira ia datang dalam bentuk macam mana pun. Samada dari segi tingkah laku, perbuatan atau kecacatan fizikal yang dimiliki olehnya. Betul kah ia bermaksud begitu?

Orang cakap,kalau nak mereka terima diri kita, kita kena belajar menerima mereka. Tapi bukan kita tak boleh ubah semua tu kan? Maksudnya berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin mereka akan lebih menghargai kita.

Ungkapan itu, bukan bermaksud kita dipaksa untuk berubah menjadi yang terbaik bagi mereka. Tiada paksaan untuk itu, kerana itu bukan hak mutlak mereka. Mungkin betul, "Ya, Aku adalah Aku..mereka tak berhak merubah Aku. Sebab mereka kena terima Aku seadanya"

” Sesiapa yang tidak mensyukuri atas nikmat yang sedikit, hakikatnya dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak. Dan sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia, hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah.”( Riwayat Nu’man Ibnu Bashir)

Jalan terbaik, berpuas hatilah dengan apa yang di berikan dan janganlah rasa kecewa. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kita tidak akan dapat semua yang kita mahuksan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang riak dan lalai.

BISIKKAN KE HATI;

” Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginan ku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.”

Petikan dari majalah Nur September 2007