Aku dah biasa sangat dengan ungkapan ini "Terima Seadanya". Ya, kita kena belajar maksud ungkapan tu. Kalau tak salah, ia bermaksud kita kena terima segala kebaikan dan keburukan yang ada pada seseorang itu tak kira ia datang dalam bentuk macam mana pun. Samada dari segi tingkah laku, perbuatan atau kecacatan fizikal yang dimiliki olehnya. Betul kah ia bermaksud begitu?
Orang cakap,kalau nak mereka terima diri kita, kita kena belajar menerima mereka. Tapi bukan kita tak boleh ubah semua tu kan? Maksudnya berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin mereka akan lebih menghargai kita.
Ungkapan itu, bukan bermaksud kita dipaksa untuk berubah menjadi yang terbaik bagi mereka. Tiada paksaan untuk itu, kerana itu bukan hak mutlak mereka. Mungkin betul, "Ya, Aku adalah Aku..mereka tak berhak merubah Aku. Sebab mereka kena terima Aku seadanya"
Jalan terbaik, berpuas hatilah dengan apa yang di berikan dan janganlah rasa kecewa. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kita tidak akan dapat semua yang kita mahuksan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang riak dan lalai.
No comments:
Post a Comment