segalanya disini...

Saturday, January 30, 2010

CinTa taNpa SyarAt....

anak2, jiwanya x sebesar ayah dan bonda.kdg2 x smpi ke makam ayah dan bonda. namun seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak2 nya.Bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mampu memaafkan kita, mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa.Aku suka mengeluhaku kerap lalai dan alpa.ampunkanlah aku ya Allah.Ampunkanlah aku dengan pengampunan oleh sifatMu yang maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang.Ampub dan kasihanilah aku,mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibubapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihaniku tanpa sebarang balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkanlah rahmatMu kepada a mereka. mereka yang mengasihaniku tanpa syarat, Kau maafkanlah mereka dan limpahkan kasih syangMu kepada mereka,tanpa hisab dan syarat...!

Namun mungkinkah semua itu,Allah kurniakan kepadaku?Siapakah aku untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat?malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung,terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas.sedangkan tanpa disedari,aku banyak meletakkan banyak syarat terhadapMu.Aku ingat kepadaMu dgn syarat aku sudah hilang penyelasaian.Aku sanggup lakukan apa yang engakau suruh,tetapi selepas melihat kebaikan yang aku dapat!Hinanya diriku,lupa sudah hakikat diri sebagai hamba.Hamba yang x layak meminta,apatag lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya...
Astaghfirullah.....

maafkan teman

ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiw
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi sudah suratan illahi

ku biarkan pena menulis
meluaskan hasrat di hati
moga terubat segala
keresahan di jiwa
sudah suratan illahi
tak pernah ku ingini

aku telah pun sedaya
tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku

kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
oh teman..
maafkanlah diriku

oh tuhan...
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman..
maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan yang dibina hingga ke akhirnya....

jasa bonda

kau dibuai mimpi dia terjaga
kau bersenang dia berkerja
untukmu tiada terbatas
memberi tidak minta dibalas

ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

leterannya dari rasa luhur
memegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati
beringat2la berpesan2 untuk kebaikan
marah bukan kebencian tapi tanda sayang

engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
meniti usia
di saat kau berjaya
dia tidak berdaya
semoga kau tidak lupa jasa bonda....

tahun baru

Gembira dan tenang rasanya saat mula berdengung kalimah 2010. Bermakna masuk tahun baru ini, kita sudah naik satu ‘level’ umur kita. Kita telah meningkat satu tahun!

Aduhai, masa itu semakin nipis. Bukan nipis sebab masa, tetapi nipis sebab tubuh kita yang berkontrak dengan masa ini.

Akhirnya saya telah naik meningkat ke umur 23 tahun. Perancangan demi perancangan selesai dengan berjaya dan gagal. Di hadapan terbentang lagi perancangan yang banyak. Tak tahu setakat mana tubuh ini mampu bertahan.

1 tahun emas dari sekarang

Buat diri ini, buat diri ini.



suatu ketika dulu......

sukarnya....merungkai segala kekusutan di hati....
sepayah menduga apa yang tersirat di hati seseorang....
sesusah menduga keikhlasan diri....
alangkah baiknya kalau aku boleh kembali ke zaman kanak2ku.hidup seperti x masalah..kemanisan dalam menjalani kehidupan sehari2....berlari2 anak menyusuri lopak yg selalunya jd tumpuan rakan2 sebayaku....
pulang dari sekolah,tanpa menukar pakaian seragam yang masih tersalut di badan aku dan anak2 yang lain terus ke padang unuk menyambung kembali projek yang x sempat diselesaikan kelmarin....walaupn telah diberi pesan oleh mak...tp aku x kisah dengan semua itu..
tak perlu fikir yang mana satu parti yang perlu dipangkah setiap datangnya hari pilihan raya...berapa banyak $$ dalam simpanan...apa yang perlu dilakukan pada keesokan hari....
alangkah manisnya saat itu....berenang dalam kolam yang dipenuhi dengan lumpur...nostalgia2 yang x akan ku lupakan sampai bila2...
aku yang naif..aku yang riang..dan aku yang sentiasa riang....