segalanya disini...

Saturday, January 30, 2010

CinTa taNpa SyarAt....

anak2, jiwanya x sebesar ayah dan bonda.kdg2 x smpi ke makam ayah dan bonda. namun seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak2 nya.Bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mampu memaafkan kita, mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa.Aku suka mengeluhaku kerap lalai dan alpa.ampunkanlah aku ya Allah.Ampunkanlah aku dengan pengampunan oleh sifatMu yang maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang.Ampub dan kasihanilah aku,mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibubapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihaniku tanpa sebarang balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkanlah rahmatMu kepada a mereka. mereka yang mengasihaniku tanpa syarat, Kau maafkanlah mereka dan limpahkan kasih syangMu kepada mereka,tanpa hisab dan syarat...!

Namun mungkinkah semua itu,Allah kurniakan kepadaku?Siapakah aku untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat?malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung,terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas.sedangkan tanpa disedari,aku banyak meletakkan banyak syarat terhadapMu.Aku ingat kepadaMu dgn syarat aku sudah hilang penyelasaian.Aku sanggup lakukan apa yang engakau suruh,tetapi selepas melihat kebaikan yang aku dapat!Hinanya diriku,lupa sudah hakikat diri sebagai hamba.Hamba yang x layak meminta,apatag lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya...
Astaghfirullah.....

No comments:

Post a Comment