segalanya disini...

Sunday, December 5, 2010

SaBaR iKhlaS DaN ReDha...

kata orang , harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. kata2 ini memang benar kerana kisah hidup seseorang akan menjadi cerita generasi akan datang. untuk itu ciptalah cerita yang indah2 hari ini untuk dikenang di kemudian hari.

jadikanlah kisah Nabi Ayub menderita kerana penyakit selama berbelas-belas tahn yang tetap sabar dan teguh imannya. sementara isterinya begitu setia melayaninya, menjaganya dengan penuh kasih sayang seikhlas hati di samping membanting tulang mencari rezeki.

Nabi Ayub berdoa.
"sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkau adalah maha pemurah"-(surah Al-Anbiya;83).

Allah memakbulkan doanya serta merta dengan meminta Nabi Ayub memukul tanah dengan kakinya . Lalu keluar air dari air mata air dan Allah meminta Nabi Ayub mandi dan minum air itu. keajaiban telah berlaku dimana seluruh penyakitnya telah hilang.

inilah hasil daripada sebuah kesabaran, keikhlasan dan keredhaan menerima segala takdir Allah.

"kadang-kadang manusia menyesal kerana kata-kata yang telah diucapkannya, tetapi ia tidak pernah menyesal kerana diamnya".

No comments:

Post a Comment