segalanya disini...

Friday, May 7, 2010

himpunan kata-kata mutiara

  • Ibadah adalah suatu kebahagiaan, kesolehan.Adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa, maka dia adalah hamba yang soleh.
  • Sebaik-baik sahabat adalah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.
  • Wanita yang cantik lagi bertaqwah, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yag soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
  • memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam , bekerja adalah lebih nimkmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta , dan kesihatan lebih baik daripada kekayaaan..
  • bersendirian itu lebih baik daripada bersama dengan kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara adalah ibadah dalam bentuk yang lain.
  • beruzlah adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaula adalah bodoh, menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka adalah tindakan yang tidak bermanfaat.
  • kepedihan dalam mencapai cita-cita adalh nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yang baik adalah wangian yang semerbak.
  • Kematian seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa kemurkaan Allah dan mencelah orang-orang soleh.
  • berbahagialah sekarang juga kerana anda tidak terjamin untuk terus hidup,Anda tidak mempunyai jaminan akan selamat dari perubahan zaman. maka jangnlah jadikan kegelisahan sebagai mata wang anda, serta kebahagiaan sebagai hutang anda.
  • jika seseorang mencelahmu maka pada hakikatnya ia telah mencecah Allah swt. pada saat itu orang tersebut juga menderhakai Allah swt. padahal ia telah menciptakannya dari tiada; tidak bersyukur padahal Allah yang telah menghilangkan lapar dan memberinya makan; juga menentang kekuasaan Nya padahal Ia telah memberinya rasa aman.
  • jangan memikul bola dunia di atas kepalamu.jangan berfikir bahawa ornag akan memerhatikan seluruh urusanmu. ketahuilah, sesungguhnya setiap orang mempunyai urusannya sediri sehingga tidak sempat memerhatikan urusan orang lain.
  • Dunia selalu berputar dan hari terus berganti. keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya. Allah swt. Yang Maha Penyayang juga sentiasa mengawasi hamba-hambanya setipa saat...maka kenapa harus bersedih??

No comments:

Post a Comment