segalanya disini...

Saturday, February 6, 2010

mEncari erti keCemeRlaNgan....

Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Tahun baharu menjelang lagi. Kita kini berada dalam tahun 2010 Masihi. Tahun 2009 baru sahaja kita tinggalkan dengan penuh kenangan. Sama ada pahit ataupun manis. 12 bulan yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Liku-liku hidup yang ditempuh mematangkan diri. Suka duka tabah diharungi. Perjuangan hidup kita perlu diteruskan dengan keyakinan dan ketabahan. Kedatangan tahun baharu juga bererti bertambahnya usia kita. Namun begitu, adakah dengan meningkatnya usia kita akan lebih matang dalam tindak tanduk kita? Itulah yang harus kita fikirkan.

Dalam meniti usia remaja, seseorang pelajar itu perlu ada wawasan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam hidup ataupun dalam pelajaran. Mereka perlu ada prinsip yang digenggam kukuh dan tidak mudah goyah ditiup angin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang akan melalaikan.

hargailah...selagi ada peluang...

anda membantu kawan anda menyelesaikan masalahnya itu...namun setelah selesai, sepatah kata pun x diucapkan kepada anda..bukan setakat iut,malah kawan anda itu seolah tidak menghargai bantuan anda itu,,katanya..bantuan anda itu tidak sebesar mana pun..naa....apakah perasaan anda??

manusia memang suka dihargai,secara nalurinya...maka hargailah...ucap lah terima ksih.

hargailah ibubapa anda,keluarga anda,rakan2 anda..dan sesiapa sahaja..sebelum masanya terlambat...

hargailah selagi ada peluang..kerana ada diantara kita yang tidak mempunyai peluang itu...

Sunday, January 31, 2010

MalaZ & b0riNg

hari2 yg memboringkan kini tiba lg...
tinggal di oztel tanpa teman2 pasti membosankan...
huh...!kwn2 aku blik kg...ada la bdk2 bru tu,tp x bez rr kwn dgn durang...mybe x biasa kot...hehehe...bosan yg x terkata lg...syukur la kwn aku yg seorng nie bnarkan aku gna liptop dier....liptop sy,abg aku pinjam...so..aku kn adik yg bek dgn durng...bg pnjm je la....hehehehe..(dgn sng hati....??)

Saturday, January 30, 2010

CinTa taNpa SyarAt....

anak2, jiwanya x sebesar ayah dan bonda.kdg2 x smpi ke makam ayah dan bonda. namun seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak2 nya.Bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mampu memaafkan kita, mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa.Aku suka mengeluhaku kerap lalai dan alpa.ampunkanlah aku ya Allah.Ampunkanlah aku dengan pengampunan oleh sifatMu yang maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang.Ampub dan kasihanilah aku,mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibubapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihaniku tanpa sebarang balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkanlah rahmatMu kepada a mereka. mereka yang mengasihaniku tanpa syarat, Kau maafkanlah mereka dan limpahkan kasih syangMu kepada mereka,tanpa hisab dan syarat...!

Namun mungkinkah semua itu,Allah kurniakan kepadaku?Siapakah aku untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat?malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung,terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas.sedangkan tanpa disedari,aku banyak meletakkan banyak syarat terhadapMu.Aku ingat kepadaMu dgn syarat aku sudah hilang penyelasaian.Aku sanggup lakukan apa yang engakau suruh,tetapi selepas melihat kebaikan yang aku dapat!Hinanya diriku,lupa sudah hakikat diri sebagai hamba.Hamba yang x layak meminta,apatag lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya...
Astaghfirullah.....

maafkan teman

ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiw
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi sudah suratan illahi

ku biarkan pena menulis
meluaskan hasrat di hati
moga terubat segala
keresahan di jiwa
sudah suratan illahi
tak pernah ku ingini

aku telah pun sedaya
tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku

kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
oh teman..
maafkanlah diriku

oh tuhan...
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman..
maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan yang dibina hingga ke akhirnya....

jasa bonda

kau dibuai mimpi dia terjaga
kau bersenang dia berkerja
untukmu tiada terbatas
memberi tidak minta dibalas

ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

leterannya dari rasa luhur
memegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati
beringat2la berpesan2 untuk kebaikan
marah bukan kebencian tapi tanda sayang

engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
meniti usia
di saat kau berjaya
dia tidak berdaya
semoga kau tidak lupa jasa bonda....

tahun baru

Gembira dan tenang rasanya saat mula berdengung kalimah 2010. Bermakna masuk tahun baru ini, kita sudah naik satu ‘level’ umur kita. Kita telah meningkat satu tahun!

Aduhai, masa itu semakin nipis. Bukan nipis sebab masa, tetapi nipis sebab tubuh kita yang berkontrak dengan masa ini.

Akhirnya saya telah naik meningkat ke umur 23 tahun. Perancangan demi perancangan selesai dengan berjaya dan gagal. Di hadapan terbentang lagi perancangan yang banyak. Tak tahu setakat mana tubuh ini mampu bertahan.

1 tahun emas dari sekarang

Buat diri ini, buat diri ini.